Kamus Kakak Killjoy

Berikut adalah istilah-istilah yang sering digunakan oleh para penulis Kakak Killjoy dalam esei kami:

  • Agensi (Agency)

Agensi di sini merujuk kepada kemampuan seseorang itu untuk bertindak secara memandiri dan keupayaannya untuk membuat pilihannya sendiri.

  • Budaya Rogol (Rape Culture)

Budaya rogol adalah satu istilah yang digunakan untuk menggambarkan normalisasi serangan seksual dalam masyarakat kitaWikipedia mentakrifkan budaya rogol sebagai: “…budaya di mana rogol dan keganasan seksual lain (biasanya terhadap wanita) adalah lazim dan di mana berleluasanya sikap, norma, amalan, dan media membiarkan, menormakan, memberi alasan, atau menggalakkan keganasan berbaur seksual.”

Ini termasuk memperalatkan wanita atau menggambarkan hubungan sosial sebagai “perang jantina”, di mana kedua-duanya saling menyahinsankan (atau menyahmanusiakan). Penyahinsanan yang berterusan akan menggalakkan keganasan ke atas mereka kerana mereka sudah pun secara mental dianggap sebagai “objek” dan bukannya “manusia sesama”. Dengan cara ini, seksisme yang tidak berurusan dengan rogol secara ketara masih boleh menyumbang dalam budaya rogol, terutamanya jika seksisme membaurkan nilai seorang wanita itu hanya berasaskan kepada keayuan dan daya tarikan mereka kepada lelaki heteroseksual, atau hubungan seksual berdasarkan model mangsa-pemangsa.

Dinamik yang sama ini menghina taraf kewanitaan menerusi sumbangan penafian homofobia dan keganasan oleh lelaki terhadap lelaki yang dianggap tidak cukup maskulin. Mengikut definisi budaya, lelaki yang menjadi mangsa rogol disifatkan dayus dan lemah, dan oleh itu sering dilenyapkan, diabaikan atau dianggap tidak penting – sama sepertimana yang lazim dilalui oleh mangsa rogol perempuan (kecuali apabila dibesarkan dalam keadaan di mana usaha untuk mengalihkan perbualan mengenai budaya rogol oleh orang yang tidak sedar bahawa kebencian lazimnya asas jenayah penguasaan seksual terhadap lelaki sebagaimana ia menzalimi wanita).

  • Hukum Moff (Moff’s Law)

Sepertimana yang diterangkan oleh Latoya Peterson, ahli penulis Racialicious, penjelasan Hukum Moff diringkaskan seperti berikut:

“Di kalangan semua jenis komen yang menjengkelkan yang ada, kemutlakan komentar “Mengapa awak tidak boleh menontonnya sebagai hanya sebuah hiburan sahaja??? Kenapa awak enggan menikmatinya? Kenapa awak nak mengada-ngada menganalisis lebih-lebih???” adalah yang paling menjengkelkan.”

Jika anda telah menyiarkan komen anda, atau ingin memberikan komen sedemikian, di sini atau di mana-mana sahaja, biar saya nasihatkan anda: Diam. Tolong diam. Tutup mulut kamu.

Pendek kata, Hukum Moff mengharamkan sebarang bentuk pembungkaman.

  • Menghinasundal (Slutshaming)

Menghinasundal – juga mungkin dikenali sebagai memfitnahsundal, mengsundal ataupun mencelasundal – adalah suatu idea yang berhasrat untuk memalukan dan/atau menyerang seorang wanita atau seorang gadis disebabkan oleh daya seksualitinya, atau kerana dia mempunyai seorang atau lebih pasangan seks, mengakui perasaan seksual, dan/atau bertindak atas perasaan seksualnya. Ia juga merupakan suatu “dasar implikasi bahawa jika seorang wanita yang berasal daripada sebuah masyarakat tradisional yang tidak menggalakkan dia bersetubuh, dia harus berasa bersalah dan terhina” (Alon Levi, Slut Shaming). Perkara ini bukan sahaja menjahanamkan kaum wanita yang sering menjadi sasaran, tetapi juga masyarakat umum secara keseluruhannya. Harus diberi perhatian bahawa gejala menghinasundal boleh berlaku walaupun istilah “sundal” itu sendiri tidak digunakan dengan begitu ketara

  • Ruang Selamat (Safe Space)

Ruang selamat adalah satu istilah yang mengiktirafkan sebarang ruang atau forum di mana salah sebuah kumpulan terpinggir tidak sepatutnya menghadapi stereotaip aliran umum dan peminggiran, atau di mana pandangan berkongsi politik atau sosial diperlukan untuk mengambil bahagian dalam ruang tersebut.

Sebagai contoh, sebuah ruang selamat feminis tidak akan membenarkan penyuaraan pandangan anti-feminis, dan biasanya juga akan melarang Penjentikkan Kerisauan (Concern Trolling) dan perbincangan Feminisme 101 berterusan yang terlampau memihak kepada perbincaraan feminis di kalangan feminis. Ruang selamat mungkin akan memerlukan amaran pencetus (trigger warning) dan menyekat kandungan yang mungkin akan melukakan sesiapa sahaja yang cenderung bertindakbalas terhadap gambaran penyalahgunaan atau kemudaratan atau pencetus penyakit mental.

Kelas-kelas dan bengkel-bengkal yang hanya dikhaskan untuk kaum wanita juga merupakan contoh ruang selamat. Ruang fizikal yang selamat sering dikhaskan untuk ahli-ahli kumpulan tertindas.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s